Program STEM
STEM CHALLENGE
Selaras dengan RMKe-11 di bawah Strategi 10 untuk mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia, murid hendaklah bersedia untuk bersaing di peringkat global menerusi kecemerlangan akademik terutamanya dalam mata pelajaran ‘Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM)’. Pembelajaran abad ke-21 turut menuntut supaya sesi P&P dapat menggabungkan kemahiran inkuiri, penaakulan, kolaborasi dan penerokaan bagi membangunkan keupayaan murid sepenuhnya dalam mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran murid.
Cabaran STEM menekankan kepada kepentingan untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikannya dengan cara yang menarik dan kreatif. Ia juga adalah berdasarkan kepada keupayaan murid berkolaborasi, strategi dengan kritis, menyatukan idea dari pembacaan dan pengalaman seharian dan berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah taktikal. Klik untuk maklumat lanjut
STEM