STEM Digital Ideation Competition using AR on iPad
Bermula 17 Disember 2020 yang lalu, satu pertandingan berbentuk inovasi telah diadakan secara maya. Pertandingan “STEM Digital Ideation Competition using AR on iPad” dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Kajian Pembudayaan STEM, DELIMA dan APPLE. Dalam pertandingan ini, peserta diwajibkan menyertai beberapa siri webinar yang mengajar teknik dan kemahiran STEM dan aplikasi berkaitan untuk memastikan peserta dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Peserta perlu menyediakan prototaip menggunakan Augmented Reality (AR) menggunakan aplikasi Reality Composer di dalam iPad. Beberapa tema disediakan untuk peserta memilih mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Antaranya penjimatan tenaga, pengurusan bahan buangan, teknologi hijau, system air bersih, dan pembangunan mampan. Seramai 500 murid mewakili 96 kumpulan telah menghantar penyertaan dan 8 kumpulan dari Sekolah Sultan Alam Shah telah berjaya meraih anugerah Emas, Perak dan Gangsa. Pertandingan ini dilihat dapat meningkatkan kreativiti murid dalam inovasi serta kemahiran berfikir aras tinggi selari dengan halatuju sistem pendidikan negara yang berfokus kepada menghasilkan modal insan yang kompetetif di peringkat global dalam industri 4.0 pada masa hadapan.