Rakan jaringan SAS 

  1. Hwa Chong Institute, Singapore
  2. Japanese School of Kuala Lumpur
  3. Kokusai Gakuin Junior and Senior High School, Saitama, Japan
  4. St Michael’s Senior High School, Kobe, Japan
  5. St Mark’s Senior Public School, India
  6. SIF Al Fikri, Indonesia
  7. Lycee Andre Maurious, Normandie, France

Rakan Jalinan SAS 

  1. Shimane University
  2. The Japan Foundation Kuala Lumpur
  3. National Institute of Technology, Kisarazu College, Japan

 

Program yang pernah dijalankan:


STEM STUDY di Guilin, China – Disember 2016


Pasukan SAS mewakli MALAYSIA untuk pertandingan STEM STUDY di Guilin, China pada Dis 2016. Pasukan ini berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan STEM STUDY (Pressurized Arrow) dengan mengalahkan 64 pasukan yang bertanding.

 

Students Exchange Programme Japan – 2016


13 orang pelajar dan 3 guru menyertai program “Students Exchange Programme” gabungan SAS, Kokusai Gakuin Junior dan Senior High School, Saitama, Japan.

 

The 4th next scientist Camp – 4 to 11 April 2014


SAS menerima guru-guru dan pelajar-pelajar dari St. Michael’s Senior High School, St Mark’s Senior Secondary Public School di Meera Bagh, Kisarazu College of Technology and Xi’an Qujiang No 1 High School untuk program pertukaran budaya dan idea inovatif, 4-11 April 2014.

 

“Red Cross International Youth Exchange Programme Korea” – 24 hingga 31 Julai 2013.


Cikgu Kho Chiew Tong dan 3 pelajar tingkatan 4 iaitu Mohammad Ameer Ashman, Ahmad Amirul Hassan dan Amirul Muslimin menjadi “Host Family” untuk program ini.

"Red Cross International Youth Exchange Programme Korea" - 24 hingga 31 Julai 2013

 

Lawatan pelajar-pelajar dari Guangdong, China, 19 Julai 2013


Lawatan pelajar-pelajar dari Guangdong, China, 19 Julai 2013

 

Kembara Inovasi ke Jepun. 22 – 29 Mac 2013


Seramai 21 pelajar dan 5 orang guru akan menyertai program ini . Program ini bertujuan mencari pelbagai inovasi dan nilai murni di Tokyo disertai dengan aktiviti bersama Kokusai Gakuin High School di Saitama. Program ini juga akan membina jaringan bersama sekolah yang baru iaitu Tokyo Tech High School, sekolah yang mengkhusus untuk sains dan inovasi.

Kembara Inovasi ke Jepun. 22 - 29 Mac 2013

Kursus Team building dan persediaan ke Jepun untuk peserta Kembara Inovasi diadakan pada 9 dan 10 Mac 2013. Dianjurkan oleh Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun-Malaysia. Dirasmikan oleh pengetua cemerlang SAS, En Haidzir Hussin. Turut serta ialah ibu bapa peserta-peserta.

Kembara Inovasi ke Jepun. 22 - 29 Mac 2013

 

The 3rd International Next Scientist Camp (4- 8 Feb 2013)


Telah disertai oleh 5 buah sekolah luar negara dan 3 buah sekolah dalam negara dengan penyertaan seramai 45 orang. Sekolah sekolah yang menyertai adalah Hwa Chong Institute(Singapura), Kokusai Gakuin Senior High (Tokyo, Jepun) St Michael Senior High (Kobe, Jepun), Junior Language School, Prague (Czech Republic),  Sekolah Islam Al fikri Indonesia, Sek Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sek Men Kebangsaan Presint 9(1) dan SAS. Inovasi kali ini menjelajahi kampung dan bandar disertai mempelajari cara hidup dan pertukaran budaya masyarakat Malaysia. Dan yang paling menarik peserta-peserta dapat menabur bakti dalam perkongsian pintar bersama Sek Kebangsaan Tg Bidara, Melaka.

The 3rd International Next Scientist Camp (4- 8 Feb 2013)

 

SMP Banyuwangi Jawa Timur ke SAS – 23 Jan 2013


SMP Banyuwangi Jawa Timur ke SAS - 23 Jan 2013

 

Pertukaran Pelajar Malaysia-Amerika Syarikat


Tahniah dan syabas.  Afif Ridhwan bin Roslan terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar antara Malaysia-Amerika Syarikat. Beliau akan berada di Amerika Syarikat selama 6 bulan bermula Januari 2013.

 

Lawatan penanda aras oleh Incheon Business School, Korea


Seramai 30 orang yang terdiri daripada pengetua, guru dan pelajar dari Incheon Business School melawat SAS pada 24 Julai 2012.

Lawatan penanda aras oleh Incheon Business School, Korea

 

3rd SGGS International Students’ Conference 2012 (26-30 Mei 2012) di Pulau Pinang.


4 pelajar SAS yang terlibat ialah:

  • Muhammad Hazim bin Hassan 5 Jaya
  • Wan Muhammad Hanif bin Wan Abd Hamid 5 Jaya
  • Muhammad Afiq bin Jasmi 5 Bestari
  • Muhammad Izzuddin bin Abd Aziz 5 Bestari
  • Guru pengiring ialah Tn Syed Agil bin Syed Hussin.

Konferens yang melibatkan banyak negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, China, Thailand dan Vietnam ini mendatangkan banyak input berguna kepada pelajar terutamanya dalam bidang Bisnes dan Keusahawanan.

3rd SGGS International Students' Conference 2012 (26-30 Mei 2012) di Pulau Pinang.

 

Program bersama Universiti- universiti di Arab Saudi ( 8 Mac hg 17 Mac 2012).


Dihadiri oleh 5 orang guru dan 13 pelajar.

  • 1.  Perbincangan ilmiah di Universiti Islam Madinah
  • 2.  Takzirah daripada Professor Kamil b Ibrahim dari Universiti Thoibah, Madinah
  • 3.  Pertukaran pelajar dengan pelajar Madrasah al-Mutawasitah ab. Rahman Nasir Madinah
  • 4.  Mengerjakan ibadah umrah

Program bersama Universiti- universiti di Arab Saudi ( 8 Mac hg 17 Mac 2012)

 

10th ASEAN Summit di Singapura


Seramai 8 pelajar SAS menghadiri ASEAN summit di Singapura dari 5 Mac – 9 Mac 2012.

 

4th International Science Youth Forum (ISYF)


2 pelajar SAS iaitu Afif Ridhwan bin Roslan dan Aimran bin Azmir serta Cikgu Farah Asnida bt Che Shariff sedang menyertai ISYF untuk pembentangan kertas kerja di Singapura pada 14 Jan – 20 Jan 2011.

4th International Science Youth Forum (ISYF)

 

Program Pertukaran Budaya dan Homestay di Kobe, Jepun


1 – 11 Oktober 2011. Disertai oleh Puan Ros Kartini dengan dua pelajar iaitu Mohd Afif Ajmal bin Sidik dan A’Amir Raffiq bin Mohd Nasir

Program Pertukaran Budaya dan Homestay di Kobe, Jepun

 

Pengantarabangsaan Malaysia-Cambodia


Bakti Masyarakat Antarabangsa Kemboja ( Cambodia ) dengan kerjasama pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah ke Cambodia untuk membantu penduduk Kampung Cham Kemboja. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah ini.

 

Pengantarabangsaan antara Malaysia – New Zealand


International Debate Tournament hosted by New Zealand Debate Council – The Russell Mc Veagh International Debate Tournament. Wellington and Auckland, 11-19 February 2011
Participated by 5 students and 2 teachers.

 

Pengantarabangsaan Malaysia-Vietnam


Misi Kemanusiaan diadakan pada 13 Mac -19 Mac 2011.  Disertai oleh wakil dari Persatuan Sejarah dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia.