PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PENGENALAN

Kajian luar negara dan tempatan telah membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja. Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya untuk mendapat panduan hidup ke arah yang mereka ingini. Jika rakan sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh negatif, maka remaja itu akan terikut-ikut dengan perlakuan negatif juga. Oleh itu pelbagai usaha harus dijalankan supaya pengaruh negatif itu dapat digantikan dengan pengaruh positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat untuk menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Gegala inilah yang mendorong kita melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk mempengaruhi kawan melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi contoh teladan.

Khidmat “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

MOTO PRS

“Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain”