Kelab rowing dan sukan air dianggotai oleh 36 ahli kelab. Telah wujud sejak tahun 2005. Penubuhannya adalah atas cadangan oleh DYMM sultan Selangor pada ketika itu yang begitu teruja tentang sukan rowing. Namun sejak kebelakangan ini aktiviti sukan rowing bertumpu kepada sukan air iaitu termasuklah sukan perahu naga, pertandingan renang dan pertandingan mesin rowing. Sukan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar kerana kebanyakan pelajar mempunyai asas renang yang hebat