BOLA TAMPAR ALAM SHAH VOLLEYBALL (ASVO)

Objektif:

  • Memberi pengalaman kepada pelajar untuk berpersatuan
  • Pengurusan Kelab Sukan Bola Tampar melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal
  • Merancang : Melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya.
  • Mengelola : Merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan
  • Memimpin: Proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan.
  • Mengawal : Proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

Pencapaian:

2019:

  • Memenangi tempat ke-3 dalam Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan-sukan Sekolah Putrajaya
  • 3 orang pemain ASVO telah terpilih mewakili Putrajaya ke Peringkat Kebangsaan

2018 :

  • Menyertai Kejohanan Bola Tampar MSS Putrajaya
  • Kejohanan Mini Terbuka Putrajaya
  • 2 orang pemain telah terpilih mewakili Putrajaya ke Peringkat Kebangsaan

Guru Penasihat : Pn. Hjh. Rusuwati binti Othman, Pn. Mazliza Abd Rahim & Pn. Mahfuzah binti Che Cob