VEX Robotics Team Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) ditubuhkan pada September 2018 selaras dengan keperluan School of Global Excellence (SGE) yang memperuntukan dana untuk penubuhan pasukan robotic VEX ini. Pasukan ini dipelopori oleh pelajar Tingkatan 1 tahun 2018 dengan ahli seramai 10 orang di awal penubuhannya.

Matlamat penubuhan Pasukan VEX Robotics ini ialah :

  1. i) Mendedahkan pelajar dengan kemahiran STREAM yang menjadi wadah utama pembelajaran abad ke-21 (PAK21).
  2. ii) Memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka kemahiran penting seperti pemasangan robot, aspek pengaturcaraan robot mahupun kemahiran komunikasi       pelajar melalui aktiviti robotic.

iii)       Meningkatkan dan melengkapkan kemahiran insaniah (soft skills) pelajar dalam   dengan integrasi aktiviti robotic di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Pertandingan VEX Robotics ini banyak dianjurkan di luar negara terutamanya negara China dan Amerika Syarikat. Selain itu negara seperti Singapura, Filipina, Australia juga giat mengelolakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Setakat ini pasukan VEX Robotics SAS telah menyertai Pertandingan Robo Rumble di Filipina pada Oktober 2018 yang lalu yang mana merupakan pertandingan pertama yang disertai oleh SAS untuk mencari pengalaman pertama.

Penyertaan pasukan VEX Robotics ini adalah terbuka kepada semua pelajar Tingkatan1 hingga Tingkatan 4 yang melibatkan dua kategori iaitu VEX IQ and VEX EDR.

Gambar sekitar Pertandingan Robo Rumble di Filipina Oktober 2018.