Pengenalan:
Kelab ASPNet UNESCO dan Bahasa Antarabangsa di SAS telah ditubuhkan pada tahun 2001. Penubuhan kelab ini adalah untuk mempromosi inisiatif kerjasama antarabangsa dalam hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Keahlian Kelab ini dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Matlamat Penubuhan Kelab:
- melahirkan pemimpin di kalangan murid
- Meningkatkan kemahiran merancang dan melaksanakan program
- Mengasah kebolehan untuk menyelesaikan masalah, berbincang dan berkomunikasi dengan berkesan
- Memupuk sikap toleransi, empati, kerja berpasukan, menghormati kelainan dan rasa tanggungjawap terhadap persekitaran dan kesejahteraan bersama
- Membentuk modal insan yang peka terhadap isu semasa di peringkat komuniti setempat kebangsaan dan antarabangsa
- Menyemai kefahaman, kerjasama dan keamanan sejagat pada peringkat komuniti setempat, kebangsaan dan antarabangsa
- Mewujudkan kesedaran terhadap hak asasi manusia, Global Citizenship Education (GCED), Education for Sustainability (ESD) dan Sustainable Development Goal (SDG) selaras dengan aspirasi UNESCO dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Aktiviti Kelab ASPNet dan Bahasa Antarabangsa SAS
Peringkat sekolah :
- Karnival Minggu Bahasa Antarabangsa
- Bengkel “What’s In Your Bag ? – Preparation for Disaster”
- Bengkel “Jom Menulis Khat/ Kaligrafi”
- Gotong Royong Perdana
Peringkat Kebangsaan :
- Pertandingan Pidato Bahasa Jepun
- Japanese Language Festival
- Kem Pemimpin Prihatin Air 2018
- Pesta Bon Odori
- Sabah Bon Festival
Aktiviti Pengantarabangsaan :
- Program Pertukaran Pelajar SIF Al-Fikri, Jakarta
- Program Pertukaran Pelajar Kokusai Gakuin Junior High School
- Program “Intercultural Exchange” dengan The Japanese School Kuala Lumpur
- Program “Contextual Study for Selected Students at St. Michael’s Senior High School, Kobe”
- Cultural Exchange Program with Sura Nari Witthaya Girl’s School