Kelab Seni Visual dan Kreatif ditubuhkan selaras dengan hasrat kementerian untuk melahirkan generasi yang imaginatif, kritis, kreatif dan inovatif.  Melalui aktiviti kokurikulum ini, ianya menjadi satu landasan membantu murid lebih berkeyakinan dan berupaya menghasilkan karya atau produk yang berkualiti terutamanya apabila mereka memasuki pertandingan-pertandingan melukis atau merekacipta sama ada peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

Objektif Kelab :

  1. Menghargai keindahan ciptaanTuhan
  2. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
  3. Memupuk sifat sabar dan tekun dalam penghasilan karya seni
  4. Menggunakan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan karya
  5. Menaikkan nama sekolah jika memasuki pertandingan berkaitan seni
  6. Menajamkan kemahiran sedia ada supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya

Aktiviti:  Kelab Seni Visual