PASUKAN ROBOTIK LEGO MINDSTORM SAS
Kelab Robotik Sekolah Sultan Alam (SAS) telah ditubuhkan sejak tahun 2003. Sejak ditubuhkan, Kelab Robotik SAS sentiasa mendapat tempat dalam pertandingan peringkat putrajaya dalam pelbagai kategori dan seterusnya mewakili Putrajaya ke peringkat kebangsaan.
Kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh Kelab Robotik SAS ialah mewakili Malaysia dalam pertandingan World Robotik Olympiad (WRO) pada tahun 2009 di Manila, Filipina dalam Kategori Terbuka Menengah Atas dan tahun 2013 di Jakarta, Indonesia juga dalam kategori yang sama.
Pada Tahun 2015, Kelab Robotik SAS telah berjaya dalam pertandingan National Robotik Olympiad (NRC) peringkat Putrajaya bagi kategori “Johan Terbuka Menengah rendah” , “Johan Terbuka Menengah Atas” , “Mentor Terbaik Keseluruhan” , “Naib Johan Regular Menengah Atas” , dan “Persembahan Terbaik keseluruhan” . Kelab Robotik SAS telah meneruskan kejayaan pada tahun 2017 apabila berjaya mewakili Putrajaya dalam kategori Gen2 dan mendapat tempat dalam Pertandingan Robotik ‘Tug Of War’ Peringkat Antarabangsa pada tahun 2018.