Koperasi Sekolah Alam Shah Berhad


Tujuan Penubuhan

Ada beberapa tujuan koperasi sekolah ditubuhkan dan tertakluk pada Akta Koperasi dan kaedah-kaedahnya. Tujuan utama ialah untuk memberi dedahan dan pengalaman aktiviti koperasi dikalangan para pelajar supaya mereka akan menjadi bakal koperator dewasa yang berkebolehan dalam aktiviti berkoperasi. Selain itu, ianya sebagai salah satu aktiviti ko kurikulum sekolah kerana faedah dan kepentingan aktiviti yang dilaksanakan secara langsung dapat merealisasikan matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Justeru, penubuhan koperasi sekolah yang berlandaskan matlamat, jati diri dan perundangan koperasi berupaya menyediakan persekitaran sosial yang sihat iaitu melahirkan masyarakat yang sempurna, kreatif, progresif, bertanggungjawab dan berketerampilan. Sungguhpun gerakan koperasi sekolah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko kurikulum yang boleh disertai oleh para pelajar, ia dianggap unik berbanding kegiatan ko kurikulum lain kerana:

  • Berupaya menarik seluruh warga sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan jantina sebagai anggota;
  • Menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran dalam bilik darjah;
  • Memberi pengalaman dan pendedahan kemahiran urus niaga; dan
  • Gerakan koperasi sekolah dilindungi oleh perundangan iaitu Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007), Peraturan-peraturan Koperasi 2010 serta Undang-undang Kecil (UUK) koperasi sekolah.

Selain memenuhi matlamat FPN, Kementerian Pendidikan Malaysia menyenaraikan tujuan penubuhan koperasi sekolah dan diamalkan oleh Koperasi Sekolah Alam Shah Berhad seperti berikut:

  • Memajukan kepentingan sosioekonomi anggota menurut prinsip koperasi.
  • Mengamalkan sikap dan amalan berjimat cermat.
  • Mengamalkan cara hidup masyarakat secara demokratik.
  • Mengamalkan prinsip berdikari, memberi pengalaman mentadbir, mengurus, membuat keputusan dan memimpin khususnya kepada pemimpin-pemimpin koperasi dalam kalangan pelajar.
  • Menyertai dan mengalami urusan perniagaan.
  • Memberi sokongan kepada sekolah segala usaha yang memberi faedah kepada pelajar.

 

Waktu operasi


  • Jualan yang diadakan semasa sesi PdP dijalankan iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang beroperasi di Koperasi Cawangan blok Akedamik Sekolah Sultan Alam Shah.
  • Jualan yang dilakukan sebelah malam dari pukul 10.00 malam hingga pukul 11.30 malam beroperasi di Koperasi blok C, Asrama Sekolah Sultan Alam Shah.
  • Jualan juga akan diadakan pada setiap majlis rasmi sekolah seperti Majlis Hari Guru, Hari Karnival Usawahan, Hari Sukan Sekolah dan sebagainya

 

Carta Organisasi Ahli Lembaga Koperasi Sekolah – Guru

Petugas Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Alam Shah Berhad


JAWATAN LAPORAN
Pengerusi dan Naib Pengerusi:
(PENGETUA ATAU PEN.KANAN KOKURIKULUM dan MURID)
Pengerusi telah menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

  1. Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga iaitu mesyuarat pertama, mesyuarat ke-2, mesyuarat ke-3 dan Mesyuarat Agong Koperasi kali ke -25.
  2. Menandatangan minit mesyuarat yang disahkan.
  3. Memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi menurut Peraturan, bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
  4. Memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga mesyuarat pertama, mesyuarat ke-2, mesyuarat ke-3 dan mesyuarat Agong Koperasi.
  5. Mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi pada setiap bulan dan melaporkan kepada Lembaga.
  6. Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota Lembaga.
  7. Menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja koperasi.
  8. Setiap minggu akan membuat pantauan terhadap koperasi tentang cara jualan yang dilakukan dan membuat pemeriksaan tentang jualan makanan yang dibenarkan sahaja.
  9. Juga memberi pandangan tentang cara menambahkan jualan dan keuntungan koperasi.
  10. Mengikuti kursus yang dianjurkan oleh My Angkasa bagi meningkatkan pelaksanaan koperasi sekolah
Setiausaha dan naib setiausaha (GURU DAN MURID) Setiausaha telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.
  2. Merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat.
  3. Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh Lembaga.
  4. Menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
  5. Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi.
  6. Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
  7. Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
  8. Mengadakan pelbagai program bagi menambahkan pendapatan koperasi seperti Jualan Hari Guru, Jualan Hari Pendaftaran murid, Jualan Hari Sukan dan sebagainya pada tahun 2017/2018
  9. Membuat kertas kerja bagi program pengantarabangsaan Malaysia dan Korea. Kertas kerja untuk megubahsuai koperasi cawangan dengan menambah bahagian untuk membuat perniagaan potostat atau pencetakan dan sebagainya
  10. Membuat perjumpaan dengan ahli lembaga koperasi murid tentang produk untuk tahun ini iaitu membuat medal atau hadiah untuk pertandingan sukan sekolah dan sebagainya.
  11. Membuat kupon atau baucer bagi guru-guru yang berminat untuk memberi hadiah dalam bentuk baucer koperasi Sekolah Alam Shah Berhad kepada murid-murid.
  12. Mengikuti kursus yang dianjurkan oleh My Angkasa bagi meningkatkan pelaksanaan koperasi sekolah.
  13. Memantau ALK kalangan murid membuat pertandingan
    Petanque peringkat sekolah. Juga menjadi guru penasihat
    untuk murid-murid yang mengikuti program Angkasa iaitu
    pertandingan Petanque peringkat Wilayah.
Bendahari (GURU DAN MURID) Bendahari telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Mengendalikan segala urusan perdagangan dan
    perindustrian Koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh
    Lembaga.
  2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh
    Koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan
    Lembaga.
  3. Menyimpan ke dalam bank (BANK ISLAM) atas nama
    Koperasi Sekolah Alam Shah Berhad semua wang yang
    diterima dalam tempoh dua puluh empat jam hari bekerja
    daripada penerimaannya.
  4. Mengeluarkan resit, invoice dan menyediakan baucer
    mengikut arahan Lembaga.
  5. Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak
    RM2000.00 yang diluluskan oleh Lembaga untuk memenuhi
    perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada
    akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
  6. Menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan
    sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-
    bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
  7. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi
    untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga.
  8. Menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk
    yang menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan
    dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum
    dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
  9. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan
    Koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu
    bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh
    Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi
    tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.
Pengurus Belian (GURU DAN MURID) Pengurus Belian telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Membuat tinjauan keperluan warga sekolah seperti keperluan barangan murid di asrama, buku, baju dan sebagainya.
  2. Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi dengan memaklumkan dalam kumpulan telegram
    “Guru dan AKP SAS”
  3. Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
  4. Menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau lembaga.
  5. Menyerahkan barang belian kepada pengurus stok.
  6. Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
  7. Menyimpan buku log belian
  8. Mengemaskini buku log belian
  9. Membuat laporan bulanan untuk belian
  10. Menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
  11. Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan
  12. Pengurus belian juga telah membuat kumpulan ‘Whatsapp’ untuk semua pembekal Koperasi Sekolah Alam Shah Berhad bagi memudahkan urusan penghantaran barang, urusan pesanan penambahan stok, pemberitahuan tentang maklumat aktiviti sekolah, cuti sekolah dan sebagainya.
  13. Juga memastikan barangan yang terdapat di koperasi
    tidak putus dan kehabisan stok.
Pengurus Jualan (GURU DAN MURID) Pengurus Jualan telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Menerima stok untuk jualan mingguan dan bulanan dari
    pengurus stok.
  2. Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
    terutama semasa jualan pada hari pendaftaran tingkatan 1
    hingga tingkatan 5, jualan hari guru, jualan hari Majlis Anugerah Cemerlang, Program-program sekolah seperti Hari Sukan dan sebagainya.
  3. Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK iaitu
    10%, 15% dan 20% kenaikan dari harga modal.
  4. Menguruskan jualan harian di kedai koperasi Sekolah Alam
    Shah Berhad
  5. Melantik pembantu jualan di kedai Koperasi Sekolah Alam
    Shah Berhad dan Koperasi Cawangan Sekolah Alam Shah
    Berhad antara jurujual yang telah dilantik ialah Muhammad
    Sulhi. Yang mana juru jual ini akan membantu menguruskan jualan semasa sesi PdP dijalankan iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang.
  6. Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual di kalangan murid-murid sekolah terutama semasa jualan
    yang dilakukan sebelah malam dari pukul 10.00 malam
    hingga pukul 11.30 malam.
  7. Mengira dan merekodkan hasil jualan harian dan bulanan
    dan dimasukkan ke dalam fail.
  8. Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada
    bendahari
  9. Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja
    berada di koperasi semasa jualan berlangsung
  10. Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap
    mesyuarat ALK
  11. Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan
Pengurus Stok (GURU DAN MURID) Pengurus Jualan telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
  2. Menerima stok bekalan daripada pengurus belian
  3. Merekod stok baru dari masa ke semasa.
  4. Mengemaskini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
  5. Melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum
    habis
  6. Memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada
    ancaman binatang atau bencana alam/sentiasa bersih dan
    kemas
  7. Mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
  8. Membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang
    pelupusan atau hapuskira kepada lembaga
  9. Memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
  10. Menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap
    mesyuarat ALK
Biro Tugas-tugas Khas (GURU DAN MURID) Biro Tugas-tugas Khas telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Mencadangkan jenis projek kepada lembaga seperti koperasi membuat stiker kecil untuk dikumpul bagi melayakkan murid melakukan satu cabutan bertuah. Ini bagi menarik minat murid untuk shopping di Koperasi.
  2. Mempromosikan projek yang telah diputus oleh lembaga
  3. Merancang, melaksana, memantau dan mendokumentasi
    projek
  4. Menyediakan bajet untuk projek
  5. Memohon peruntukan projek dari pembekal dan mencari
    sumbangan dari persatuan ibu bapa
  6.  Mencari penaja/rakan kongsi untuk projek koperasi
Biro Saham (GURU DAN MURID) Biro Saham telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Memohon dan mempromosikan kepada semua warga Sekolah Sultan Alam Shah agar menjadi ahli koperasi dengan hanya yuran pendaftaran sebanyak rm 1.00 dan saham paling minima RM 10.00 satu unit.
  2. Membuat akaun SAHAM untuk semua ahli atau pemegang
    Saham.
  3. Memberi dividen setiap tahun kepada semua pemegang Saham Koperasi dan memulangkan semua Saham koperasi
    kepada semua murid Tingkatan 5 pada sesi Pengambilan
    Keputusan PT3.
  4. Membantu dalam urusan perniagaan contohnya membekalkan susu kurma kepada semua guru yang menempah susu tersebut.
Audit Dalaman (GURU DAN MURID) Audit Dalaman telah menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod
    releven koperasi secara bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan.
  2. Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan.
  3. Memberi laporan:
    a) Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran
    sebenar dan saksama tentang transaksi-transaksi
    kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
    b) Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan
    sebagaimana yang difikirkan patut dilaporkan.
    c) Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod-
    rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya
    telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan
    wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi
    dalam tahun itu adalah mengikut akta ini, peraturan-
    peraturan dan undang-undang kecil koperasi
    d) Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada kerja pengauditan
    e) Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil
    penelitian mengenai hutang belum jelas, nilaian asset dan
    liabiliti koperasi.