Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Sultan Alam Shah merupakan pasukan yang berdaftar dan berada di bawah seliaan Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Malaysia. Mempunyai ahli seramai lebih kurang 85 orang yang dianggotai pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Guru penasihat pasukan ini ialah En. Mohd Khalis Bin Khalid (Ketua guru penasihat), En Ramli Bin Ahmad dan En Syahirul Naim Bin Ibrahim (guru penasihat kelab).

Tujuan penubuhan pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia ini ialah:

  1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
  2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara
  3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta  bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat
  4. Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi
  5.  Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota bomba dan penyelamat sebagai

Aktiviti tahunan yang sentiasa disertai oleh pelajar SAS yang dianjurkan oleh Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah Perkhemahan Perdana Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tahun 2018, Perkhemahan Perdana diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah yang melibatkan 4 orang pelajar SAS. Pada tahun 2019, Perkhemahan Perdana diadakan di Pusat Kokurikulum Tangok, Bachok Kelantan melibatkan seramai 4 orang pelajar SAS.

Selain itu, setiap tahun juga bermula 2018, Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya mengadakan Karnival Kadet Bomba yang mempertandingkan banyak kategori pertandingan.

Antara kejayaan SAS dalam carnival tersebut ialah

Johan Brain and Braun (2018 dan 2019

Naib Johan Kawad Kaki berpasukan (2018 dan 2019)

Johan ASPEC Challenge (2018) tempat ketiga (2019)

Johan Kuiz Kebombaan Lelaki (2018)