International Science Youth Forum (ISYF)

International Science Youth Forum (ISYF) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Hwa Chong Institution di Singapore. Namun, disebabkan pandemik global yang masih lagi aktif, program ini terpaksa diadakan secara digital, lalu dinamakan ISYF digital 2021 secara rasmi. Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpulkan bakat muda sains dari satu penghujung dunia ke penghujung lain bagi menyumbangkan buah minda masing-masing dan berkongsi idea serta mempelajari ilmu baharu sepanjang tempoh 4 hari. Peserta-peserta dapat berinteraksi antara satu sama lain dan menyertai pelbagai aktiviti.Contohnya,menjalani eksperimen sains menarik di rumah dan sesi “Meet the Scientists” bersama saintis terkemuka yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai orang yang bergelar doktor. Penyertaan ini dapat memberikan pengalaman baru dan pengetahuan yang hebat kepada para pelajar dan secara tidak langsung  memantapkan jalinan dan jaringan yang telah lama wujud antara SAS dan HCI, Singapore.

Dibawah bimbingan dan nasihat Cikgu Maziah binti Yusof:

Tarikh : 19 – 22 Jan 2021
Peserta:
1.Muhammad Danish bin Azrai Izet
5 Cita
Aminuddin Baki
2.Syaf Aiman Danial bin Syafizal Anuar
5 Cita
Aminuddin Baki

Opening Ceremony ISYF DIGITAL 2021 PROGRAMME. Keynote speaker Sir Konstantin Novoselov (Nobel Laureate in Physic 2010)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.