Sejarah Sekolah
Penubuhan Sekolah Alam Shah merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958. Pada ketika itu, Sekolah Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam dan juga merupakan jambatan pertama pelajar-pelajar aliran melayu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi. Pada 7 Februari 1963 sekolah ini telah dibuka pertama kali untuk sesi persekolahan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
Bermula dari tahun 2001, kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas tanah seluas 24 hektar yang menelan belanja RM 54 juta dan ia merupakan antara sekolah SBP yang termahal pernah dibina. Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad daripada cadangan bekas pelajar SAS Tan Sri Shamsuddin bin Hitam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya.
Setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah meneruskan kegemilangan residensi yang lebih berprestij iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tanggal 26 April 2003 menyaksikan 652 pelajar SAS berhijrah ke kampus baru. Lokasi Sekolah Alam Shah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara sekolah-sekolah di Malaysia.
Pada tanggal 25 Mac 2006 Sekolah Alam Shah melakar sejarah sekali lagi apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006.
Kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Sultan Alam Shah tidak berhenti begitu sahaja kerana sekali lagi peristiwa bersejarah dilakarkan apabila Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007 oleh YB Dato’ Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia. Pada 25 Jan 2011, Sekolah Sultan Alam Shah terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Pada 7 Februari 2013, sekolah ini mengadakan perayaan jubli emas sempena 50 tahun penubuhannya dengan kehadiran bekas perdana menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.
ENGLISH VERSION
The establishment of Sekolah Alam Shah, (fondly known as SAS), is yet another educational institution that is successfully established under the National Education Policy through the Razak Report/Statement in 1958. In its days, Sekolah Alam Shah was the first Malay medium school that offered form six classes to its students, which in turn, enabled Malay medium students to further their education in higher learning institutions locally and abroad.
On the 7th of February, 1963 the school enrolled its first students. The school was officiated by HRH, the then Sultan of Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz, son of the late Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj.
After a glorious 40 years of educational excellence in its original site in Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah moved its grounds to its new campus in the prestigious neighbourhood of the administrative centre in Putrajaya. In the dawn of April 26, 2003, 652 proud SAS students bore witness to this migration to their new campus; bearing testament to its place among the elite schools in Malaysia.
In March 25th , 2006, Sekolah Alam Shah stamped history again, when HRH Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah had proclaimed the school to be renamed as “Sekolah Sultan Alam Shah” in commemoration of the Sultan’s late grandfather. In an official letter dated the 7th of August, 2006, the Sultan of Selangor had consented and placed Sekolah Sultan Alam Shah under the royal patronage of HRH the Sultan of Selangor. This, however, was not the end of Sekolah Sultan Alam Shah’s glory and magnificence.
The following year, on the 30th of March 2007, Sekolah Sultan Alam Shah was granted the “Cluster School of Excellence” title by YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, the Minister of Education at that time. The school was later glorified further when it was awarded with the “High Performance School” title on the 25th of January, 2011.
Sekolah Sultan Alam Shah celebrated its Golden Jubilee Celebration in conjunction with its 50th anniversary on the 7th of February, 2013 in the esteemed presence of the former Prime Minister Y.A.B Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.
Misi & Visi Sekolah
MISI
MELAKSANAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN
PELAJAR YANG MAMPU BERSAING DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
VISI
MENJANA MODAL INSAN BERTARAF DUNIA