Bilik rawatan SAS merupakan sebuah bilik yang memberi kemudahan kepada warga SAS untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk warga SAS menunggu sebelum mendapatkan rawatan lanjut.
Disamping itu, bilik rawatan SAS juga merupakan tempat untuk mendapatkan maklumat kesihatan melalui poster – poster dan brosur yang dipamerkan.
Visi
Memberikan perkhidmatan tindakan rawatan kecemasan kepada warga SAS dengan kadar segera disamping memberikan informasi kesihatan kepada warga SAS.
Misi
Memastikan semua warga SAS berada dalam keadaan sihat dan cerdas untuk mencapai misi sekolah.
Objektif
1. Pesakit mendapat mendapat rawatan awal dengan kadar segera.
2. Mengurangkan kesakitan pesakit.
3. Memberi keselesaan kepada warga SAS yang sakit.
4. Memberikan maklumat kesihatan kepada warga SAS
PERKHIDMATAN BILIK RAWATAN
Perkhidmatan di bilik rawatan
1. Menyediakan kemudahan ubat – ubatan untuk warga SAS.
2. Menyediakan katil untuk pesakit berbaring bagi melegakan rasa sakit.
3. Mempamerkan poster dan brosur kesihatan untuk memberi maklumat kesihatan kepada warga SAS
Prosedur kerja bilik rawatan
1. Tidak dibenarkan memasukkan sebarang jenis ubat kedalam badan murid seperti melalui suntikan, makan, minum dan sebagainya kecuali ubat yang telah diperuntukkan oleh doktor sahaja.
2. Rawatan yang boleh dilakukan oleh petugas adalah seperti rawatan untuk pening ringan, luka kecil dan rawatan awal seperti menghentikan pendarahan, mengurangkan pergerakkan dan memulihkan pernafasan.
3. Sebarang jenis kemalangan /kecederaan besar/kritikal / perlakuan jenayah hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar yang paling segera.
4. Semua rawatan hendaklah direkodkan di dalam buku daftar pesakit untuk rujukan.
Waktu perkhidmatan
Dibuka Isnin – Jumaat 8.00 – 4.00 ptg.
Waktu ke klinik 2.00 ptg (kecuali kes kecemasan)
Waktu malam 8.00 – 10.30 mlm klinik dibuka (Isnin – Jumaat)