Bantuan kewangan yang boleh dipohon adalah seperti berikut:

1. PROJEK KHAS (PK)

Bantuan dan pembiayaan disalurkan kepada murid dari golongan miskin yang cemerlang dalam bidang akademik. Bantuan kewangan diberi bagi membeli keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, kelengkapan asrama dan pembayaran yuran asrama.

Kriteria:
i. Warganegara Malaysia
ii. Pendapatan (gaji pokok + elaun tetap) adalah RM 830 sebulan dan kebawah
TINGKATAN 1 RM700
TINGKATAN 2 RM300
TINGKATAN 3 RM350
TINGKATAN 4 RM500
TINGKATAN 5 RM450

2. BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP)
Biasiswa ini ditawarkan oleh BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Peruntukan adalah sebanyak RM840.00 setahun setiap murid yang layak. Peruntukan perbelanjaan dimasukkan ke dalam akaun Bank BSN pelajar masing-masing. Kadar bayaran untuk kegunaan pelajar ialah RM70 X 12 bulan. Pelajar menggunakan wang tersebut hanya untuk membiayai pelajaran/kelengkapan persekolahan (buku/alatulis/pakaian sekolah/bayaran persekolahan).
Kriteria
i. pelajar mesti cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
ii. pendapatan ibu bapa/penjaga mesti RM1500.00 sebulan dan ke bawah.

3. ZAKAT
Zakat diberi kepada Murid yang pendapatan ibu bapa/penjaga mesti RM2000.00 sebulan ke bawah. Diberikan peruntukan kepada pelajar hanya setahun sekali, jumlah bergantung kepada pemberian duit zakat dari Bank Rakyat kepada pihak sekolah bagi menguruskan pemberian kepada semua murid yang layak. Selalunya pelajar akan diberikan RM50.00 setahun. Diberikan pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

4. BIASISWA YAYASAN SARAWAK SEMENANJUNG MALAYSIA
Biasiswa ini diberi kepada murid yang lahir di Sarawak dan kepada murid yang berjaya menerima biasiswa ini akan mendapat peruntukan dan menyertai aktiviti yang dikolakan oleh pihak Yayasan Sarawak antaranya seperti program pertukaran pelajar yang mana pelajar tersebut menginap bersama keluarga angkat semasa cuti sekolah. Segala perbelanjaan akan diurusakan oleh Yayasan Sarawak. Bayaran peruntukan pelajar akan diberikan kepada kedua ibubapa kandung bagi menguruskan perbelanjaan persekolahan murid tersebut.

5. BIASISWA DYMM SULTAN SELANGOR
Kriteria permohonan
i. Lahir di Negeri Selangor@menetap di Selangor sekurang-kurangnya lima tahun
ii. Cemerlang dalam bidang akademik – 6A dalam UPSR
iii. Ibu bapa atau penjaga berpendapatan rendah atau sederhana (tidak melebihi daripada RM 5000 sebulan)

6. BIASISWA YAYASAN SABAH
Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa Yayasan Sabah. Pelajar yang Berjaya mendapat tawaran biasiswa Yayasan Sabah akan dipantau dan akan diuruskan oleh guru yang dilantik bagi memastikan keperluan dan kemudahan pelajar ini dapat disampaikan kepada pihak Yayasan Sabah. Pelajar akan diberi peruntukan wang saku sebanyak RM50.00 sebulan.

7. BIASISWA TELEKOM
Tawaran ini diberikan kepada pelajar yang mendapat pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Pelajar yang telah terpilih untuk menerima Biasiswa TM EduXel Jr. Yayasan Telekom Malaysia (YTM) akan menerima elauan sebanyak RM1500.00 setahun dan pembayaran adakan dilakukan dua kali setahun.
Antara Syarat Tawaran:
i. Pelajar dikehendaki sentiasa serusaha untuk mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang sepanjang persekolahan.
ii. Pelajar dikehendaki sentiasa berkelakuan baik demi menjaga nam pelajar, ibubapa, sekolah dan Yayasan TM.
iii. Pelajar tidak boleh menerima biasiswa daripada lain-lain penaja semasa dalam tempoh tajaan Yayasan TM.

8. BIASISWA YAYASAN PENERAJU
Tawaran ini diberikan kepada pelajar yang mendapat pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dan pelajar yang golongan miskin. Pembiayaan tahunan ini diperuntukkan bagi membayar yuran pendaftaran, yuran caruman, yuran dobi, asrama, baju uniform sekolah, pakaian sukan serta kelengkatan sukan, pakaian harian dan buku serta alatulis untuk kegunaan pelajar Tunas Geliga Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.