BADAN UGAMA SEKOLAH ALAM SHAH (BUSAS)
PENGENALAN BUSAS
Cabaran dalam sesebuah Organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan organisasi. Pemimpin merupakan unsur terpenting di sesebuah organisasi dalam mewujudkan iklim disiplin yang baik.
Abdullah Bin Umar berpandangan bahawa kepemimpinan adalah: “ Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu, kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinan kamu. Ketua negara mempunyai tanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin dalam keluarga. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin atau Pengawas.
Justeru itu, dia bertanggungjawab menjaga harta tuannya dan dia akan ditanya mengenai hal di bawah jagaannya. amnya, Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah atau lebih dikenali sebagai BUSAS merupakan sebuah badan pembantu tadbir yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pelajar-pelajar Muslim terutamanya dalam aspek-aspek yang berteraskan rohaniah dan spiritual. Hal ini bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam amat relevan dengan peranan dan obligasi badan ini.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Ø Berikhtiar untuk mengawasi akhlak pelajar-pelajar Islam di Sekolah Sultan Alam Shah.
Ø Menghubungkan ukhuwah silaturahim dalam kalangan pelajar dan warga Alam Shah.
Ø Berusaha mewujudkan Bi’ah Solehah (suasana baik) di Sekolah Sultan Alam Shah.
Ø Berikhtiar untuk mewujudkan suasana keIslaman di Sekolah Sultan Alam Shah
Ø Mentadbir dan mengurus organisasi BUSAS secara professional dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Ø Melahirkan produk Alam Shah yang beriman dan beramal soleh di samping mampu bersaing di peringkat dunia.
MOTTO
“ KELUHURAN SAHSIAH MANIFESTASI USAHA TARBIYYAH ”
DISKRIPTIF LOGO
MERAH : Keberanian dan kekuatan rohani dan jasmani dalam perjuangan membina insan.
BIRU : Ikatan ukhuwah yang erat antara satu sama lain
PUTIH : Kesucian dan keluhuran peribadi individu muslim
KUNING : Agama Islam itu keutamaan
SAS : Semangat kesetiaan terhadap jihad pelajaran dan jihad manusia yang glokal