Sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh Premier, semua pelajar SAS menginap di asrama secara sepenuh masa.
Blok | Bilangan dorm | Penginapan |
A | 24 | Pelajar pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima dari rumah kediaman Dato Onn, Halimi dan Jamil Rais |
B | 24 | Pelajar pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima dari rumah kediaman Hishamuddin, Aminuddin Baki dan Zaaba |
C | 12 | Pelajar-pelajar tingkatan satu sahaja |
Setiap dorm mempunyai di antara 10 – 15 orang penghuni.
Antara kelengkapan yang terdapat dalam setiap dorm adalah
1. katil
2. almari
Setiap blok mempunyai kemudahan seperti berikut
1. bilik mandi dan tandas
2. bilik membasuh baju
3. bilik bacaan
4. ruang ampaian baju
5. ruang seterika baju
6. stor bagasi
Kemudahan lain yang disediakan
1. pondok sekuriti
2. bilik warden
3. koperasi
4. surau
5. kemudahan dobi
6. vending machine
Peraturan dan Penilaian Asrama.
- Peraturan asrama adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Buku Peraturan Disiplin Sekolah Sultan Alam Shah dan semua pelajar perlulah mematuhi peraturan yang digariskan oleh pihak sekolah.
- Penilaian mingguan asrama merangkumi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Asrama dan Inspection mingguan yang dijalankan oleh pengawas.
- Penilaian peringkat SBP adalah Anugerah Asrama Terbilang (AAT) yang dijalankan setiap tahun. Mengikut rekod pencapaian SAS adalah seperti berikut:
- Anugerah Emas AAT (2015)
- Anugerah Platinum AAT dan calon akhir SBP Kebangsaan (2016)
- Anugerah Platinum AAT (2017)