Pada September yang lalu Pusat Sumber Sekolah Sultan Alam Shah telah menghantar dua pasukan pelajar untuk menyertai pertandingan Cabaran Video Membaca Buku Komsas Secara Berangkai.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pihak JPWPP di mana pelajar-pelajar dikehendaki menghasilkan video membaca secara berangkai berdurasi 5 minit berdasarkan cerpen-cerpen yang dipelajari dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 secara kreatif tanpa penggunaan sebarang lagu dan muzik.
Alhamdulillah berdasarkan pengumuman yang baru dibuat pada 5 Disember 2020, dengan izin Allah kumpulan kedua yang terdiri daripada 10 pelajar tingkatan 3 telah berjaya menggondol tempat kedua kategori Sekolah Menengah dan seterusnya melayakkan mereka untuk memenangi wang tunai RM700 dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terlibat.
1. Eiman Syafiy Bin Syariz Izry
2. Nik Noriqmal Nassim bin Nik Azlan
3. Muhammad Naim bin Zulkifli
4. Fayyadh musyrif bin Muhammad Saiful Adli
5. Muhammad Faiz Ridzmi Bin Noorhisham
6. Muhammed Zareef Irfany Bin Muhammed Idham
7. Asif Khan bin Sher Khan
8. Muhammad Waseem Arfan bin Mohd Nor Rashidi
9. Mohammad Asrar bin Yahya
10. Muhammad Helmi Bin Mohamad Hilna