Carta Organisasi Unit Penilaian dan Peperiksaan SAS


CARTA ORGANISASI UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

Pelaksanaan Penilaian dan Peperiksaan Sekolah


RINGKASAN MATA PELAJARAN TERLIBAT DALAM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SEKOLAH

BIDANG SUBJEK PERTENGAHAN TAHUN PERC PT3 PERC SPM AKHIR TAHUN
BAHASA BAHASA MELAYU X X X X
BAHASA INGGERIS X X X X
BAHASA ANTARABANGSA X X
KEMANUSIAAN PENDIDIKAN ISLAM X X X X
SEJARAH X X X
GEOGRAFI (T123) X X
PENDIDIKAN SENI VISUAL (T5) X X X
PENDIDIKAN SENI VISUAL (T4) X X
PENDIDIKAN SENI (T123) X X
PENDIDIKAN MUZIK (T123) X X
PENDIDIKAN SIVIK X X
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN X X
SAINS & MATEMATIK MATEMATIK X X X X
SAINS (T123) X X X
SAINS TERAS (T4) X X
BIOLOGI X X X
FIZIK X X X
KIMIA X X X
TEKNIK & VOKASIONAL MATEMATIK TAMBAHAN X X X
PRINSIP AKAUN (T5) X X X
PRINSIP AKAUN/ EKONOMI (T4) X X
KEMAHIRAN HIDUP (T123) X X X

 

*Jadual penggubalan kertas soalan dan peraturan pemarkahan disediakan oleh panitia masing-masing.
**Tempoh masa bagi peperiksaan pertengahan tahun, percubaan PT3/SPM dan peperiksaan akhir tahun mengikut masa sebenar LPM.
***Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (subjek SPM sahaja) adalah selaras SBP.

 

Pensijilan Peperiksaan Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)


  1. PELAPORAN PENSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH
    1. Wajib Lulus : Bahasa Melayu dan Sejarah
    2. Pelaporan peringkat pencapaian dalam mata pelajaran adalah seperti berikut:
      Gred Markah min dan maks Nilai GPK Nilai PNG Keterangan
      A+ 90 – 100 0 4.00 Cemerlang Tertinggi
      A 80 – 89 1 3.75 Cemerlang Tinggi
      A- 70 – 79 2 3.50 Cemerlang
      B+ 65 – 69 3 3.25 Kepujian Tertinggi
      B 60 – 64 4 3.00 Kepujian Tinggi
      C+ 55 – 59 5 2.75 Kepujian Atas
      C 50 – 54 6 2.50 Kepujian
      D 45 – 49 7 2.25 Lulus Atas
      E 40 – 44 8 2.00 Lulus
      G 0 – 39 9 1.75 Gagal
    3. Keputusan kedudukan ujian/peperiksaan berdasarkan kiraan Gred Purata Keseluruhan (GPK).
  2. PERKARA ASAS FARDHU A’IN (PAFA)
    1. Semua calon yang beragama Islam (kecuali calon persendirian perseorangan) WAJIB menjalani dan lulus penilaian PAFA.
  3. UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS)
    1. Ujian Lisan Bahasa Melayu: 1103 dan Bahasa Inggeris: 1119 bagi Calon SPM adalah berdasarkan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Ujian Lisan Bahasa Melayu WAJIB diambil oleh semua calon SPM bagi melayakkan mereka mendapat Sijil penuh.
    2. Guru Akademik (Pentaksir Sekolah) yang mengajar tingkatan 4 dan 5 bertanggungjawab melaksanakan ujian lisan ini setelah dilantik oleh Ketua Pentaksir Sekolah.
    3. Pentaksir-Pentaksir Sekolah dikehendaki menjalankan TIGA Taksiran sahaja bagi setiap calon iaitu DUA Taksiran semasa calon di tingkatan 4 dan SATU Taksiran semasa di tingkatan 5. Taksiran kedua semasa di tingkatan 5 boleh dilaksanakan bagi Kes-Kes Rayuan, Kes Calon Lemah dan Kes Rawak. Pelaksanaan Ujian Lisan adalah berdasarkan modul yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  4. KERJA KURSUS ATAU PROJEK
    1. Calon yang mendaftar mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus WAJIB mengambil dan membuat/menyempurnakan kerja kursus mata pelajaran berkenaan.
    2. Mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus yang ditawarkan oleh pihak sekolah ialah 2611-Pend. Seni Visual dan 3756-Prinsip Perakaunan.
    3. Calon yang terlibat dikehendaki menjalankan Kerja Kursus atau Projek dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.

 

Sistem Akademik Terkumpul (SAT) Tingkatan 4


  1. Berdasarkan keputusan setiap ujian / peperiksaan yang dilaksanakan bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh murid. Pembahagian peratus diberikan sepanjang tahun semasa seperti berikut:
    Bil Perkara Peratus
    1 Pentaksiran Formatif 15%
    2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 30%
    3 Peperiksaan Akhir Tahun 40%
    4 Tugasan 15%
    JUMLAH 100%
  2. Tujuannya adalah untuk:
    1. Penganugerahan terbaik akademik keseluruhan.
    2. Penganugerahan Mata Pelajaran terbaik.
    3. Kedudukan akademik murid dalam tingkatan.
    4. Pengagihan kumpulan akademik iaitu Road to Cambridge (RTC), Menggilap Permata Cambridge (MPC) dan Juang Untuk Cambridge (JUC).
  3. Jika tidak hadir (TH), peratus adalah 0. Kehadiran menduduki ujian/peperiksaan adalah wajib bagi setiap murid.
  4. Tugasan bergantung kepada guru mata pelajaran/panitia seperti nota, kerja rumah, latihan dan kehadiran.
  5. Penentuan gred SAT mengikut markah dan gred peperiksaan sedia ada.
  6. Contoh: markah mata pelajaran Matematik Tambahan seorang murid tingkatan 4;
Bil Perkara Peratus Markah SAT
1 Pentaksiran Formatif 15% 85% 12.8 (85×15%)
2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 30% 90% 27.0 (90×30%)
3 Peperiksaan Akhir Tahun 40% 91% 36.4 (91×40%)
4 Tugasan 15% 100% 15.0 (90×15%)
JUMLAH 100%   91 %
    GRED A+

 

Jadi, markah akademik yang akan dinilai bagi murid ini ialah 91%. Peratus ini lah yang akan diguna pakai dalam keputusan akademik keseluruhan murid bagi tahun semasa.

Jika tidak hadir (TH), peratus adalah 0. Kehadiran menduduki ujian/peperiksaan adalah wajib bagi setiap murid.

 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2, 3)


PELAKSANAAN KOMPONEN PBS DI SEKOLAH

PELAKSANAAN KOMPONEN PBS DI SEKOLAH

Syarat Pelaksanaan

  • Semua murid melaksanakan PBS di sekolah
  • Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Modul Perekodan Pembelajaran Murid

 

PELAPORAN PENSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH

  1. Wajib Lulus: Semua mata pelajaran
  2. Syarat subjek – Gred minimum: A (Matematik dan Sains)
  3. Pelaporan peringkat pencapaian dalam mata pelajaran adalah seperti berikut:
    Gred Markah min dan maks Nilai GPK Nilai PNG Keterangan
    A 85 – 100 1 4.00 Cemerlang
    B 70 – 84 2 3.00 Kepujian
    C 60 – 69 3 2.50 Baik
    D 50 – 59 4 2.00 Memuaskan
    E 40 – 49 5 1.50 Mencapai Tahap Minimum
    F 01 – 39 6 1.00 Belum Mencapai Tahap Minimum
    TH 00 – 00 Tidak Hadir
  4. Keputusan kedudukan ujian/peperiksaan berdasarkan kiraan Gred Purata Keseluruhan (GPK).

 

 

  1. Merujuk kepada keputusan pentaksiran / peperiksaan yang diambil oleh setiap murid.
  2. Syarat murid TIDAK DIBENARKAN menyertai mana-mana program atau aktiviti di luar sekolah.
    Syarat Mata Pelajaran Markah
    Menengah Atas Teras dan Elektif SPM

    (BM, BI, SEJ, MAT, PI, MT, FIZ, KIM, BIO, PPA dan PSV)

    Markah 40 dan ke bawah.
    Menengah Rendah Semua mata pelajaran PS

    (BM, BI, SEJ, MAT, PI, GEO, KHB/RBT/ASK, SNS, PSV/PM, PSK, PJK)

    Markah 50 dan ke bawah.
  3. Ujian ulangan akan dilaksanakan selepas tiga minggu pentaksiran / peperiksaan bagi laluan kepada murid yang gagal memperbaiki keputusan gagal agar dapat menyertai aktiviti luar. Masa ujian ialah 1 jam. Panitia yang terlibat perlu menyediakan soalan khas bagi ujian ulangan tersebut. (Jika perlu).

 

Carta Alir Penyertaan Aktiviti Luar Sekolah


 

Penganugerahan & Pengiktirafan


  • Penganugerahan dan pengiktirafan atas pencapaian cemerlang murid.
  • Diberikan selepas peperiksaan dalaman dan awam.

 

Kategori Pentaksiran / Peperiksaan Dalaman

ANUGERAH PENGETUA

Kelayakan penerima adalah murid tahun semasa bagi semua ujian dan peperiksaan dalaman:

  1. Peperiksaan Pertengahan Tahun/Pentaksiran Pertengahan Tahun
  2. Peperiksaan Percubaan SPM
  3. Simulasi/Percubaan PT3
  4. Peperiksaan Akhir Tahun/Pentaksiran Tingkatan 1/Pentaksiran Tingkatan 2

 

ANUGERAH PENGETUA EMAS

Tingkatan 1, 2 dan 3

  • Semua A bagi:
    • 8 mata pelajaran teras [BM, BI, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup].
  • Sekurang-kurangnya gred B bagi:
    • Bahasa Antarabangsa [Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin]
    • Pendidikan Seni / Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tingkatan 4 dan 5

  • Semua A+ bagi:
    • 5 mata pelajaran teras [BM, BI, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam], dan
    • 4 mata pelajaran elektif [Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi] dan atau
    • 1 mata pelajaran elektif tambahan [Pendidikan Seni Visual atau Prinsip Perakaunan].
  • Sekurang-kurangnya gred B bagi:
    • Bahasa Antarabangsa [Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin]
    • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

 

ANUGERAH PENGETUA PERAK

Tingkatan 1, 2 dan 3

  • 7A dan 1B bagi :
    • 8 mata pelajaran teras [BM, BI, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup].
  • Sekurang-kurangnya gred B bagi
    • Bahasa Antarabangsa [Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin]
    • Pendidikan Seni / Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tingkatan 4 dan 5

  • Semua A+/A/A- bagi:
    • 5 mata pelajaran teras [BM, BI, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam], dan
    • 4 mata pelajaran elektif [Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi] dan atau
    • 1 mata pelajaran elektif tambahan [Pendidikan Seni Visual atau Prinsip Perakaunan].
  • Sekurang-kurangnya gred B bagi:
    • Bahasa Antarabangsa [Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin]
    • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

 

ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA

  • Kelayakan penerima adalah murid tahun semasa bagi semua ujian dan peperiksaan dalaman:
    Ting Peningkatan 1 Peningkatan 2
    1 PPT – PAT TIADA
    2 PAT T1 – PPT PPT – PAT
    3 PAT T1 – PPT PPT – PERC PT3
    4 PPT – PAT TIADA
    5 PAT T4 – PPT PPT – PERC SPM
  • Pemilihan berdasarkan peningkatan Gred Purata Keseluruhan (GPK) tertinggi penilaian semasa berbanding GPK sebelumnya.
  • Murid yang keputusannya adalah Tidak Hadir (TH), Tidak Ambil (TA) tidak layak bagi kategori ini.

 

ANUGERAH LONJAKAN

  • Kelayakan penerima adalah murid tahun semasa bagi semua ujian dan peperiksaan dalaman:
    Ting Peningkatan 1 Peningkatan 2
    1 PPT – PAT TIADA
    2 PAT T1 – PPT PPT – PAT
    3 PAT T1 – PPT PPT – PERC PT3
    4 PPT – PAT TIADA
    5 PAT T4 – PPT PPT – PERC SPM
  • Pemilihan berdasarkan peningkatan Gred Purata Keseluruhan (GPK) penilaian semasa daripada PNG sebelumnya.
  • Murid yang keputusannya adalah Tidak Hadir (TH), Tidak Ambil (TA) tidak layak bagi kategori ini.

 

KES DISIPLIN UPP

BORANG PENGAKUAN MURID berwarna merah perlu diberi kepada murid sekiranya berlaku perkara berikut:

  1. Plagiat
  2. Tidak menjawab soalan ujian / peperiksaan.
  3. Tidur semasa menjawab soalan ujian / peperiksaan.

Hukuman bagi setiap kesalahan ialah Demerit 10 markah bagi setiap rumah kediaman.