TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study)

1.0 LATARBELAKANG PROGRAM
TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) adalah satu penilaian global yang direka untuk membentuk polisi pendidikan dan perlaksanaan
pdp dengan memberi perspektif antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Kem Eksplorasi KBAT adalah kesinambungan daripada Program
Pembudayaan KBAT dalam PdP di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
Membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan KBAT dan soalan-soalan aras tinggi.

3.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN
April – Jun 2018 : Perlaksanaan Modul Pembudayaan KBAT sebanyak 12 set (Sains dan Matematik) dilaksanakan kepada semua murid tingkatan 2.

Julai 2018: Kelas 2 Cita dipilih oleh KPM untuk mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam TIMSS 2018

Julai – September 2018: Kelas Intervensi KBAT menggunakan soalan Modul Hebat KPM untuk mengasah teknik menjawab soalan dan berfikir secara KBAT dalam
subjek Sains dan Matematik.

Oktober 2018 : Kem Eksplorasi KBAT
Tarikh : 5-7 Oktober 2018
Tempoh perlaksanaan : 3 hari

TENTATIF PROGRAM:

Tarikh / Hari Masa Aktiviti
5 Okt 2018 / Jumaat 2.45 petang Bertolak ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
4.30 petang Perasmian Kem Eksplorasi KBAT
6.00 petang Riadah / Solat / Makan
8.00 mlm Slot Motivasi
6 Okt 2018 / Sabtu 8.00 pagi Eksplorasi KBAT Matematik dan Sains
12.00 tgh Makan / solat
2.00 petang Eksplorasi KBAT Matematik dan Sains
6.00 petang Riadah / Solat / Makan
8.00 mlm Eksplorasi KBAT Matematik dan Sains
7 Okt 2018 / Ahad 8.00 pagi Teknik menjawab dan kajian soalan TIMSS
12.00 tgh Makan / solat / bertolak balik ke SAS

22 – 28 Oktober 2018: Kelas Intervensi KBAT dan Latihan Berasaskan Komputer (LBK) set 1,2,3 dilaksanakan.

29 Oktober 2018 : Peperiksaan TIMSS dilaksanakan.