Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. Ia merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah. PSS Sekolah Sultan Alam Shah bermatlamat meningkatkan mutu pendidikan sekolah dan juga membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif dalam masyarakat.
Mula beroperasi pada 26 April 2003, pusat sumber ini menempatkan pelbagai buku fiksyen dan bukan fiksyen, akhbar, majalah, ensiklopedia, dan permainan dalaman (indoor games). PSS mempunyai dua tingkat iaitu tingkat bawah menempatkan kaunter pinjaman, ruang rehat, dan Digital Learning Centre. Manakala tingkat 1 menempatkan ruang bacaan, buku-buku arkib, bilik tayang , bilik komputer, pusat akses.
Waktu operasi
7.30- 4.30 petang
8.30-10.00 malam