PROGRAM STREAM

PROGRAM STREAM iaitu ‘Science Technology Reading Engineering Arts Maths’ menjadi keutamaan kepada pihak sekolah ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang terbabit kepada murid Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Program STREAM menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi murid SAS yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.

 

Pelbagai aktiviti di bawah program STREAM yang dijalankan dan diantaranya ialah The Next Scientist, STREAM SHOWCASE, STREAM CHALLENGE Tingkatan 4 dan STREAM CHALLENGE Tingkatan 2. Kolaborasi SAS dengan agensi-agensi luar dapat membantu  bagi menyediakan platform untuk mencambah minat murid serta menyalurkan kreativiti mereka dalam bidang STREAM serta menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan oleh generasi masa hadapan.