PROGRAM SABATIKAL

Program Sabatikal merupakan satu program berciri unik yang melibatkan semua murid Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya daripada Tingkatan 1 hingga 5 . Murid untuk mengikuti kursus sabatikal selama satu minggu. Program ini dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 untuk murid tingkatan 4 dan 5, manakala Fasa 2 untuk murid tingkatan 1 hingga 3. Sekolah memperkenalkan program sabatikal dengan tujuan mewujudkan ruang untuk murid terlibat dalam aktiviti yang mereka pilih dan menyemarakkan rasa mint murid dengan apa yang mereka lakukan. Program ini unik kerana membenarkan majoriti murid meninggalkan pelajaran kurikulum formal selama seminggu dan digantikan dengan program pengayaan.

 

Terdapat pelbagai bidang program pengayaan ditawarkan kepada murid seperti Seni dan Estetik, Kemanusiaan, Bahasa Inggeris & Sastera, Kepimpinan, Teknologi, Sains dan Matematik dan Kem. Kesemua aktiviti dijalankan di luar bilik darjah semasa waktu untuk memperluaskan pengalaman pendidikan mereka. Ini membolehkan mereka meneroka minat mereka yang pelbagai, untuk mencipta benda-benda baru dalam kehidupan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.