PERKAMPUNGAN ILMU
Program yang memberi penekanan kepada teknik menjawab soalan peperiksaan yang sebenar dengan menjemput guru-guru dari luar serta tunjuk ajar dari guru SAS sendiri. Tempoh masa program ini mengambil masa yang agak panjang dan selalunya dalam tempoh seminggu. Pelajar diatur dengan jadual khas dengan kerjasama dari para ibu bapa juga. Telah dilaksanakan pada bulan Jun dan september 2018.

PROGRAM KELAS TAMABAHAN
Program kelas tambahan terancang terbahagi kepada 2 jenis iaitu setiap hari dan kelas pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas ini memberi fokus kepada pelajar untuk mempelajari semua mata pelajaran dan guru sentiasa bertindak membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam pentaksiran dalaman sekolah khasnya untuk pentaksiran pertengahan tahun dan pentaksiran akhir tahun

KELAS ICU
Kelas yang berkonsepkan kelas khas bagi pelajar yang agak lemah sedikit dan dalam bilangan jumlah pelajar yang kecil. Kelas ini banyak membantu pelajar bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar serta sentiasa mendapat bimbingan yang khas serta berkualiti dan berfokus ke arah menguasai topik yang agak sukar mereka kuasai