REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dipelajari oleh pelajar tingkatan satu hingga tiga. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran, nilai, estetika dan teknologi dalam dunia reka bentuk. Pelajar dididik supaya membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan keusahawanan di samping dapat membentuk kemahiran berkomunikasi. Mata pelajaran ini boleh meningkatkan potensi murid untuk menjana idea sebagai pereka bentuk untuk menghasilkan produk baharu.

PROGRAM PANITIA

 1. Pertandingan menghasilkan produk daripada barangan terpakai mengikut kreativiti dalam kumpulan serta menggunakan elemen dan prinsip reka bentuk.

2. Pertandingan menghasilkan produk mekatronik

3. Persembahan reka bentuk makanan

4. Penghasilan projek fertagasi

5. Penghasilan produk menggunakan printer 3D dan pen 3D

6. Penghasilan produk yang diaplikasikan dari topik Fesyen sebagai hadiah untuk Hari Guru daripada subjek RBT

7. Pertandingan produk Akuaponik

8. Persembahan lakaran 3D yang terbaik untuk semua pelajar RBT dari t1-t3

9. Penghasilan produk dari hasil seni reka bentuk menggunakan POP (Plaster of Paris) dan Epoxy (Hardener + Resin)