PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan mata pelajaran elektif tambahan yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang layak dan berpotensi.
MISI
Melaksanakan Pengajaran Yang Berkualiti Dan Memenuhi Aspirasi Sekolah Berkesan Bagi Mengembangkan Potensi Individu Sepenuhnya.
VISI
Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Prinsip Perakaunan
MATLAMAT
Membolehkan Pelajar Mengetahui, Memahami Dan Mengaplikasikan Ilmu Akaun Dalam Kehidupan Seharian.
Carta Organisasi
Pengetua : En Salleh Bin Ismail
Guru Penolong Kanan : En Mohd Noor Hakim Bin Ismail
Guru Kanan Mata Pelajaran : Tn Hj Azmi Rais Bin Ninggal
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan : Pn Rusilawati Binti Moin
Program Panitia
BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM
Penganjuran bengkel ini adalah untuk murid-murid yang mengambil Prinsip Perakaunan khususnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini secara umumnya untuk membantu para murid dalam peningkatan kecemerlangan mempelajari ilmu Prinsip Perakaunan dan khususnya dalam peperiksaan SPM terutama dari aspek penguasaan konsep dan kemahiran serta keyakinan murid.
Panitia sentiasa berazam untuk meningkatkan usaha dalam memperolehi kecemerlangan dalam keputusan SPM setiap tahun. Oleh itu, program ini dengan harapan dapat menghasilkan anjakan positif khususnya dalam keputusan peperiksaan SPM dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan kesungguhan murid dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid tentang konsep-konsep penting dan kitaran perakaunan dalam Prinsip Perakaunan. Dengan ini, murid akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menduduki SPM khususnya.
Program terdiri daripada :
- Bengkel BADLEH [Fokus konsep asas T4 dan 5]
- Bengkel I Love Akaun A+ SPM [Fokus Kertas 1 dan 2]
- Retreat Accounting
- Bengkel Kertas 3 SPM
- Program Kolaborasi bersama SBP, SMKA dan SMK yang berdekatan
PANITIA EKONOMI
Mata Pelajaran Ekonomi merupakan mata pelajaran elektif tambahan yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang layak dan berpotensi mulai tahun 2018.
MISI
Melaksanakan Pengajaran Yang Berkualiti Dan Memenuhi Aspirasi Sekolah Berkesan Bagi Mengembangkan Potensi Individu Sepenuhnya.
VISI
Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Ekonomi
MATLAMAT
Membolehkan Pelajar Mengetahui, Memahami Dan Mengaplikasikan Ekonomi Dalam Kehidupan Seharian.
Carta Organisasi
Pengetua : En Salleh Bin Ismail
Guru Penolong Kanan : En Mohd Noor Hakim Bin Ismail
Guru Kanan Mata Pelajaran : Tn Hj Azmi Rais Bin Ninggal
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan : Pn Rusilawati Binti Moin
PROGRAM PANITIA
- Economic for beginners : views from a central bank.
- Bengkel Teknik Menjawab SPM (Kertas 1 dan 2)
- Program Kolaborasi dengan SBP, SMKA dan SMK yang berdekatan