PENGENALAN

Mata pelajaran Kimia merupakan salah satu subjek Sains Elektif yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil jurusan sains tulen selain daripada matapelajaran Fizik dan Biologi.

Kimia yang berasal daripada perkataan arab Al-kimiya merupakan cabang sains yang berkenaan dengan komposisi, struktur, dan ciri jirim, dan juga perubahan yang dialami oleh jirim tersebut apabila didedahkan kepada jirim yang lain ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut.

MISI

Melaksanakan Pengajaran Yang Berkualiti Dan Dan Memenuhi Aspirasi Sekolah Berkesan Bagi Mengembangkan Potensi Individu Sepenuhnya

 

VISI

Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Kimia

MATLAMAT
Membolehkan Pelajar Mengetahui, Memahami Dan Mengaplikasikan Kimia Dalam Kehidupan Seharian

CARTA ORGANISASI

PENGETUA
En Salleh Bin Ismail

GURU PENOLONG KANAN
En Mohd Noor Hakim Bin Ismail

GURU KANAN MATA PELAJARAN
Pn. Hjh Zaini Binti Razak

KETUA PANITIA
Pn Azie Nurul Akhtar Binti Nabir

SETIAUSAHA PANITIA
En Mohd Khalis Bin Khalid

 

PROGRAM PANITIA

CHEMISTRY IS FUN – RUNNING CHEM

Program Running Chem merupakan salah satu aktiviti yang yang bertujuan menimbulkan rasa seronok belajar kimia sambail mengulangkaji mata pelajaran ini secara pendekatan yang menyeronokkan.

CHEM – is – TRY : WORKSHOP

Bengkel yang diadakan bagi sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memantapkan konsep kimia dan meningkatkan teknik menjawab pelajar.

EXCEL CHEMISTRY : KELAS TAMBAHAN/ KELAS MALAM/ KELAS AMBANG SPM

Kelas terancang yang telah dijadualkan dalam takwim kecemerlangan sekolah bagi memastikan sukatan mata pelajaran dihabiskan awal, pelajar menguasai konsep mata pelajaran dan kemahiran menjawab kertas soalan dengan cemerlang

 

FORMAT BAGI INSTRUMEN SPM KERTAS BERMULA SPM 2003

 

  • KERTAS 1 (4541/1) : Ujian Objektif

 

  • KERTAS 2 (4541/2) : Ujian Subjektif
    • Bahagian A – Item Struktur
    • Bahagian B – Item esei respon terhad
    • Bahagian C – Item esei respon terbuka

 

  • KERTAS 3 (4541/3) : Ujian Bertulis Praktikal
    • Item Subjektif – Item struktur
    • Item Respon Terbuka – Merancang eksperimen
CONSTRUCT PAPER 1 PAPER 2 PAPER 3
Knowledge 20M

(Q1 – Q20)

14
Understanding 15M

(Q21-Q35)

21
Application 15M

(Q36-Q50)

29
Analysis 21
Synthesizing 15
Science Process 50
Total marks 50 100 50