Mata pelajaran Biologi merupakan salah satu mata pelajaran Elektif yang ditawarkan kepada pelajar aliran Sains Tulen selain Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Mata pelajaran ini adalah di bawah seliaan Guru Kanan Matapelajaran Jabatan Sains dan Matematik. Terdapat 5 kelas Aliran Sains Tulen yang ditawarkan kepada pelajar Sekolah Sultan Alam Shah bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Matapelajaran ini di ajar oleh 3 orang guru yang berpengalaman yang diketuai oleh Pn. Marwani Bt Mat Nasir selaku Ketua Panitia dan Pn. Hjh. Zaini Bt Razak dan Pn. Siti Zarida Bt Ishak.
Perkataan “Biologi” berasal daripada bahasa Yunani iaitu “bios” dan “logos”. “bios” bermaksud kehidupan dan “logos” bermaksud kajian. Maka biologi bermaksud kajian mengenai kehidupan.
Biologi mengajar kita mengenai struktur dan fungsi benda hidup atau organisma dan juga menunjukkan kepada kita mengenai interaksi organisma-organisma ini antara satu sama lain dan interaksi organisma dengan persekitarannya.
Penyelidikan biologi merupakan aspek yang sangat penting dalam biologi dan telah membawa banyak manfaat kepada kehidupan kita dan persekitaran. ini termasuklah :
- memahami dengan lebih baik bagaimana badan berfungsi
- mengetahui cara merawat penyakit.
- menyelamatkan spesies terancam yang hampir pupus.
- menguruskan masalah berkaitan dengan persekitaran dengan persekitaran lebih baik.
FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SPM
NO | Criteria/ kriteria | PAPER 1 (4551/1) | PAPER 2 (4551/2) | PAPER 3 (4551/3) |
1 | Jenis instrumen | Ujian objektif | Ujian subjektif | Ujian subjektif |
2 | Jenis soalan | Soalan Objektif
Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A,B,C dan D |
Soalan Subjektif
Bahagian A Soalan struktur
Bahagian B soalan Esei |
Soalan subjektif
Soalan 1 Soalan 2 |
3 | Jumlah soalan | 50 (jawab semua) | Bahagian A:
5 soalan struktur (jawab semua)
Bahagian B: 4 soalan esei (jawab mana-mana dua soalan sahaja) |
Soalan 1 (11 item)
Kemahiran proses sains
Soalan 2 Merancang Eksperimen |
5 | Tempoh ujian | 1 jam 15 minit | 2 jam 30 minit | 1 jam 30 minit |
6 | Peruntukan markah | 50 markah | 100 markah | 50 markah |
Jumlah | 200 markah |