Subjek Bahasa Melayu dipelajari oleh semua pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga lima. Para pelajar tingkatan tiga perlu menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan para pelajar tingkatan 5 perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Melayu.
Panitia Bahasa Melayu terdiri daripada 8 orang tenaga pengajar.
Antara aktiviti yang dijalankan dan disertai oleh Panitia Bahasa Melayu:
- Pertandingan Bahas Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP)
- Pertandingan Bahasa anjuran Kolej Zaaba, UKM
- Pertandingan Debat Belia
- Bengkel Bahas untuk mencungkil bakat para pelapis
- Pertandingan Pidato Karnival Bahasa
- Pertandingan Forum Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
- Pertandingan Pantun
- Pertandingan Sahibba