ASAS SAINS KOMPUTER

Mata pelajaran Asas Sains Komputer dipelajari oleh pelajar tingkatan satu hingga tiga. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains Komputer (ASK) bermatlamat untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pemikiran komputasional. Kemahiran ini dapat melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas sains komputer yang merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan algoritma bagi melahirkan murid yang kreatif, inovatif, dinamik dan beretika dalam mengamalkan budaya TMK.