Selamat Datang ke Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya!
Ke arah melaksanakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
SIR PUTRA MENERIMA ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD 2023
Melaka, 15 Mei 2023: Sir Shaiful Putra bin zakaria telah dipilih oleh pihak Mcdonald Malaysia sebagai salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi 2023. Beliau antara 25 orang penerima dari seluruh Malaysia yang menerima anugerah ini daripada YB Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB Dr Fadlina Sidek. Pencalonan Sir Putra telah dibuat oleh salah seorang bekas pelajar SAS iaitu Saudara Hezman Huzir yang membolehkan beliau mendapat hadiah bernilai RM5000 dan sebuah Trofi.
Sekolah juga turut sama mendapat sumbangan untuk penambahbaikan Bilik Guru bernilai RM5000.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Sir Putra. Semoga pencapaian ini terus menaikkan lagi nama SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH.

TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2022
Seramai 98 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada 8 Jun 2023.
Keputusan SPM 2022 yang diumumkan hari ini menyaksikan seramai lapan pelajar SAS memperoleh keputusan cemerlang 9A+ manakala 90 lagi pelajar memperoleh kesemua A.
Tahniah diucapkan!

Pencapaian SAS
Pencapaian Sekolah Sultan Alam Shah
Berita SAS
Berita terkini dari Facebook Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
